Thursday, 26 April 2012

TEMPAHAN MINGGU KE-4

Salam sejahtera,
Minggu ini tidak dapat mengambil banyak tempahan kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Hanya 200 biji dari anak saudara dari Ampang. 100/kaya & 100/blueberry. Malam tadi siap 200 biji apam. Akan diambil sendiri olehnya sebentar lagi. Alhamdulillah walaupun tak banyak tapi tetap ada rezeki .

Tuesday, 24 April 2012

TEMPAHAN MINGGU KE-3 APRIL

Minggu ini ada tiga tempahan Apam Polkadot. Walaupun kesihatan tidak berapa baik. Tetapi tempahan Apam tetap juga diterima untuk tidak menghampakan permintaan kawan-kawan. Tempahan pertama untuk hari Sabtu pagi dari Christine, Mama comel yang sedang sarat mengandung, 100 biji . Permintaam Apam Polkadot biru/pink untuk sambutan hari jadi anak buahnya seorang lelaki dan seorang perempuan. Permintaan ditunaikan Apam Polkadot biru/pink telah siap dibuat.

Petangnya menyiapkan Apam  Polkadot tempahan Anak Buah dari Ampang, datang ambil sendiri sebelah malam. Permintaan filing "kaya", memang sedap. Tak pernah buat sebelum ini tetapi kombinasi inti kaya memang menambah rasa pada Apam Polkadot. Tempahan 50 biji blueberry dan 50 biji inti kaya berjaya disiapkan dan telah diambil malamnya. Terima kasih Lin & Lan. Minggu ini mereka menempah lagi 200 biji .

Ahad, terima tempahan dari kawan pejabat Asnah Hashim 100 biji untuk sarapan bersama keluarga. Paginya dihantar di kediamannya di Desa Jaya Kepong.

Terima kasih kepada teman-teman yang sentiasa memberi sokongan pada perniagaan saya. Untuk minggu ini tiasa pic di upload kerana ada masalah teknikal sedikit. Insyallah pic akan dimasukkan minggu hadapan.

Semoga jumpa lagi dilain masa. Berminat untuk merasa Apam Polkadot dari saya sila hubungi 019-3540086 atau email niza_hai@yahoo.com.

Sunday, 15 April 2012

TEMPAHAN POLKADOT HUJUNG MINGGU


  

Hujung minggu yang memenatkan. Tapi tetap gembira bila ramai pelanggan menggemarinya. Menyiapkan 600 biji Apam polkadot dari Jumaat hingga Ahad.


 
Tempahan daripada Tn.Hj. Mohd Arif (Bob) hantar ke Cheras untuk Majlis Cukur Jambul anak pertama beliau. Pulang dari kerja jam 7.30 malam , selesai semua tugasan rumah & anak2. Terus menuju ke dapur untuk memulakan tugas membuat Apam Polkadot. Hampir jam 1.30 pagi baru selesai 300 biji. Apapun badan perlukan rehat. Sambung semula jam 5.00 pagi selepas merehatkan badan hampir 3 jam.  Jam 7.00 pagi bertolak dari Kepong ke Cheras. Atas bantuan seorang rakan, rumah yang dituju agak mudah ditemuai. Terima kasih pada penunjuk jalan.

Balik dari Cheras hantar Apam Polkadot terus sambung tugas menyiapkan 100 biji lagi tempahan dari Awien . Petang hantar ke pejabat di Pusat Bayaran Setempat FRIM.




Job terakhir pada hari Ahad, Apam Polkadot untuk Birthday Girl anak kawan di pejabat Pn Zalina Mustafa. 100 biji. Sayangnya pic tak sempat rakam dan kena Pick Up ngan tuannya.... Tepat jam 7.00 malam .

Tempahan 600 biji pada hujung minggu ini betul2 mencabar diri.. Apapun hati tetap puas & gembira kerana berjaya memenuhi semua tempahan dari rakan-rakan.
Pada yang berhajat untuk membuat tempahan, hubungi saya di 019-3540086 atau email ke niza_hai@yahoo.com.

Semoga bersua lagi dilain post..

Thursday, 5 April 2012

TEMPAHAN DARI LILI & STAFF EVENTS SECURITY



5hb April balik dari kerja terus ligan menyiapkan 400 biji apam polkadot yang ditrmpah oleh kawanku Lili dan juga kawan pejabat adikku di Jalan Ampang KL. Boleh tahan juga penatnya menerima tempahan yang banyak pada hari bekerja. Tapi alhamdulillah saya berjaya juga menyiapkan tempahan-tempahan tersebut pada jam 1.00 pagi. Hasil yang menarik pastinya menghilangkan penat lelah menyediakannya. Inilah hasilnya Apam Polkadot ku.


100 pcs- Tempahan dari Pn Lili untuk jamuan di pejabatnya.
Terima kasih atas tempahan yang dibuat.












300 pcs - Satu lagiiiiii...... Tempahan dari kawan pejabat adik di KL. Dibungkus 100pcs setiap pek.











Selain rasa yang enak, tarikan apam polkadot ini adalah warna-warna yang ceria & menarik serta filing didalamnya mengikut citarasa pelanggan. Saya sediakan filing Blueberry, Kiwi & Strawbery sebagai pelengap rasa Apam Polkadot ini.
Terima kasih semua keran menyukai Apam Polkadot yang saya sediakan. Untuk tempahan sila hubungi saya di 019-3540086 atau boleh emailkan kepada saya niza_hai@yahoo.com.

Sunday, 1 April 2012

TEMPAHAN DARI KAK SUZANA

Salam semua.

Semalam siap satu tempahan Apam Polkadot daripada Kak Suzana untuk sarapan pagi bersama keluarganya. 100 biji/ RM30.00 (Inti blueberry) kegemaranan anak-anak Kak Suzana. Saya jual ye kak.