Sunday, 15 April 2012

TEMPAHAN POLKADOT HUJUNG MINGGU


  

Hujung minggu yang memenatkan. Tapi tetap gembira bila ramai pelanggan menggemarinya. Menyiapkan 600 biji Apam polkadot dari Jumaat hingga Ahad.


 
Tempahan daripada Tn.Hj. Mohd Arif (Bob) hantar ke Cheras untuk Majlis Cukur Jambul anak pertama beliau. Pulang dari kerja jam 7.30 malam , selesai semua tugasan rumah & anak2. Terus menuju ke dapur untuk memulakan tugas membuat Apam Polkadot. Hampir jam 1.30 pagi baru selesai 300 biji. Apapun badan perlukan rehat. Sambung semula jam 5.00 pagi selepas merehatkan badan hampir 3 jam.  Jam 7.00 pagi bertolak dari Kepong ke Cheras. Atas bantuan seorang rakan, rumah yang dituju agak mudah ditemuai. Terima kasih pada penunjuk jalan.

Balik dari Cheras hantar Apam Polkadot terus sambung tugas menyiapkan 100 biji lagi tempahan dari Awien . Petang hantar ke pejabat di Pusat Bayaran Setempat FRIM.




Job terakhir pada hari Ahad, Apam Polkadot untuk Birthday Girl anak kawan di pejabat Pn Zalina Mustafa. 100 biji. Sayangnya pic tak sempat rakam dan kena Pick Up ngan tuannya.... Tepat jam 7.00 malam .

Tempahan 600 biji pada hujung minggu ini betul2 mencabar diri.. Apapun hati tetap puas & gembira kerana berjaya memenuhi semua tempahan dari rakan-rakan.
Pada yang berhajat untuk membuat tempahan, hubungi saya di 019-3540086 atau email ke niza_hai@yahoo.com.

Semoga bersua lagi dilain post..

No comments:

Post a Comment